Sunday, 11 September 2022

DIDIK HIBUR


🎁 PENGENALAN

Didik hibur merupakan satu pembaharuan yang cuba diperkenalkan kepada murid - murid sebagai kaedah alternatif semasa proses pengajaran sesuatu subjek. Tujuannya supaya sesi pengajaran dan pembelajaran sesuatu subjek itu menjadi seronok untuk diikuti murid- murid. Fokus pelaksanaan adalah kepada penguasaan kemahiran asas sesuatu subjek dalam kalangan murid melalui pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. Penghayatan dan apresiasi ini perlu diterapkan secara terancang untuk murid-murid sekolah rendah dan menengah.

πŸ” APA ITU DIDIK HIBUR?
  • Mendidik sambil menghibur seperti dalam takrif Kamus Dewan (2002), didik sebagai pelihara, jaga dengan hati- hati dan ajar, manakala hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati.
  • Satu bentuk pembaharuan sebagai kaedah alternatif pembelajaran yang menarik untuk murid- murid.
  • Pendekatan PdP yang bersifat santai
  • Bertujuan menjadikan proses PdP lebih menyeronokkan 
  • Pelaksanaan berfokuskan kemahiran asas sesuatu subjek dalam kalangan murid- murid melalui pendekatan didik hibur 

πŸ’• CIRI-CIRI DIDIK HIBUR

  1. Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar, kecindan, ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya.
  2. Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru. Seperti yang  dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan berhibur.Justeru murid-murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif dan tertunggu - tunggu untuk melalui sesi pembelajaran pada hari berikutnya.
  3. Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan pelbagai. Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid boleh main peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang penting, arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan ICT dan BBM untuk menarik penglibatan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.
  4. Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada ganjaran atau dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus kepada aktiviti berbahasa.
  5. Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting berjaya melibatkan seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan santai.
  6. Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan supaya wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi.
  7. Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik tetapi terkawal untuk memberikan satu persembahan yang menarik.
  8. Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya tetapi terkawal.Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh.

✨ OBJEKTIF DIDIK HIBUR

Terdapat tiga objektif pelaksanaan pendekatan didik hibur dalam pengajaran di sekolah rendah dan menengah, iaitu:
i)  Mengguna dan memahami sesuatu pelajaran secara didik hibur.
ii)  Mengguna dan memahami bahasa yang indah atau bahasa badan dalam aktiviti.
iii) Mengguna dan memahami sesuatu kemahiran yang ditunjukkan secara didik hibur.

⚓CARA PELAKSANAANNYA

Didik hibur dilaksanakan secara penyerapan dalam pembelajaran sesuatu subjek yang berfokuskan kepada aktiviti mengguna dan memahami penyerapan sesuatu keadaan. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001, penyerapan yang dimaksudkan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai, murni dan kemahiran bernilai tambah yang dipelajari semasa pengajaran dan pembelajaran. 

Empat unsur penyerapan dalam PdP:
  1. Pelbagai bidang ilmu serta tema.
  2. Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia.
  3. Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, dan kemahiran bernilai tambah.

πŸŽ€CONTOH PELAKSANAAN (BIDANG SIRAH TAHUN 4)


AKTIVITI : KOTAK BERACUN

Alatan :
- Kotak
- Kertas soalan
- Muzik





SOALAN :

1) Apakah maksud Fathonah?

2) Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW selesaikan masalah peletakan Hajarul Aswad?

3) Apakah strategi hijrah Nabi Muhammad SAW?

4) Perkara yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW terhadap kaum Aus dan Khoruj.

5) Sebutkan ciri kebijaksanaan Nabi Muhammad dalam berniaga.

6) Jelaskan ciri kebijaksanaan Nabi Muhammad SAW dalam memimpin Madinah.



Wednesday, 7 September 2022


 VIDEO PENGAJARAN DAKWAH NABI MUHAMMAD SAW (TAHUN 4 : SIRAH)




credit to YouTube Inovasi Digital Kuliah 5.04


SESI BUZZ

SESI BUZZ










PENGENALAN

Sesi buzz suatu jenis aktiviti perbincangan yang terdiri daripada beberapa kumpulan kecil.

CARA PELAKSANAAN

1. Bahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk mengadakan sesi ini di dalam kelas.

2. Setiap kumpulan kecil biasanya mengadungi seorang pengerusi, pelapor, dan beberapa orang ahli.

3. Biasanya ia dimulakan setelah  guru mengajar sesuatu pelajaran.

4.  Murid-murid akan  membincangkan  topik  yang  diberikan  oleh  guru  dalam  sesi  ini.

5. Dalam  sesi perbincangan,    pengerusi    akan    menggalakkan    ahli-ahli    kumpulannya    akan        memberikan  idea  dan  pendapat  yang  dicatatkan  oleh  pelapor. 



6.  Selepas  perbincangan, kumpulan-kumpulan kecil akan berkumpul semula dalam satu kumpulan besar untuk mengadakan  satu  perbincangan  am.

PERKAITAN DENGAN MATAPELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM BIDANG SIRAH TAHUN 4

Tajuk : Dakwah Nabi Muhammad SAW

Aktiviti :

1. Guru menggunakan kaedah pembelajaran SESI BUZZ pada kelasnya.

2. Murid-murid dikehendaki membincangkan tentang cara berdakwah yang sesuai dan memilih satu media elektronik untuk dilaksanakannya pada masa kini dalam kumpulan yang kecil.

3. Kemudian setiap kumpulan dikehendaki melantik seorang pengerusi dan pelapor.

4. Palapor dikehendaki mencatat setiap isi dan idea ahli kumpulannya.

5. Selepas itu, murid dikehendaki membentang tentang idea dan hasil masing-masing di hadapan kelas menggunakan kemudahan yang disediakan di makmal komputer sekolah.

  πŸ“‹  RPT, RPS, RPM DAN RPH  RPT http://online.anyflip.com/oiapa/ftfr/mobile/   Rancangan Perancangan Semester (RPS)   Perincian rancangan y...