SESI BUZZ
PENGENALAN
Sesi buzz suatu jenis aktiviti perbincangan yang terdiri daripada beberapa kumpulan kecil.
CARA PELAKSANAAN
1. Bahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk mengadakan sesi ini di dalam kelas.
2. Setiap kumpulan kecil biasanya mengadungi seorang pengerusi, pelapor, dan beberapa orang ahli.
3. Biasanya ia dimulakan setelah guru mengajar sesuatu pelajaran.
4. Murid-murid akan membincangkan topik yang diberikan oleh guru dalam sesi ini.
5. Dalam sesi perbincangan, pengerusi akan menggalakkan ahli-ahli kumpulannya akan memberikan idea dan pendapat yang dicatatkan oleh pelapor.
6. Selepas perbincangan, kumpulan-kumpulan kecil akan berkumpul semula dalam satu kumpulan besar untuk mengadakan satu perbincangan am.
PERKAITAN DENGAN MATAPELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM BIDANG SIRAH TAHUN 4
Tajuk : Dakwah Nabi Muhammad SAW
Aktiviti :
1. Guru menggunakan kaedah pembelajaran SESI BUZZ pada kelasnya.
2. Murid-murid dikehendaki membincangkan tentang cara berdakwah yang sesuai dan memilih satu media elektronik untuk dilaksanakannya pada masa kini dalam kumpulan yang kecil.
3. Kemudian setiap kumpulan dikehendaki melantik seorang pengerusi dan pelapor.
4. Palapor dikehendaki mencatat setiap isi dan idea ahli kumpulannya.
5. Selepas itu, murid dikehendaki membentang tentang idea dan hasil masing-masing di hadapan kelas menggunakan kemudahan yang disediakan di makmal komputer sekolah.
.jpg)

No comments:
Post a Comment